Sabda Rasulullah SAW:
"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya. [Riwayat Al-Bakhari dan Muslim]
Bagi sesiapa yang ingin menyumbang ke dalam tabung surau Al-Hidayah Taman Bayu Permai, boleh berbuat demikian dengan membuat pembayaran masuk ke nombor akaun 0882022008979 (Ambak Islamic Current Account) atas nama Surau Al-Hidayah Taman Bayu Permai

Tuesday, September 8, 2009

Al-Hadith : Konsisten Dalam Beribadah

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada saya:

"Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dahulu ia suka berdiri bersembahyang diwaktu malam, tetapi kini ia meninggalkan bersembahyang di waktu malam itu."

(Muttafaq 'alaih)

Monday, September 7, 2009

Al-Hadith : Berkata-kata Baik Juga Dikira Sedekah

Daripada 'Adiy bin Hatim r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Takutlah engkau semua kepada neraka, sekalipun dengan jalan bersedekah dengan potongan kurma, maka barangsiapa yang tidak dapat menemukan itu, maka hendaklah bersedekah dengan mengucapkan perkataan yang baik."

(Muttafaq 'alaih)

Al-Hadith : Perlahan-lahan vs Berlari-lari Mendatangi Solat

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila solat telah diiqamati, maka janganlah kamu semua mendatanginya sambil berlari-lari. Tetapi datangilah itu sambil dengan perlahan-lahan, kerana bersamanya ada ketenangan. Ikutlah yang mana kamu sempat dan yang gantikan yang mana tertinggal."

(Muttafaq 'alaih)

Tuesday, September 1, 2009

PELAJARAN DARI IMAN AL GHAZALI

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri


Monday, August 24, 2009

Kerana Sebijik Kurma

Hanya Kerana sebutir kurma

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.

Ia solat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu. "Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".

Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.

Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Wednesday, July 1, 2009

Aduhai .... Di Manakah Nakku Cari 40 Orang?

Daripada Ibnu Abbas r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tiada seorang muslim pun yang meninggal dunia, kemudian berdiri untuk menyembahyangi jenazahnya itu sebanyak empat puluh orang yang semuanya tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan Allah akan mengurniakan syafaat kepada orang yang mati tadi."

(Riwayat Muslim)

Makan Yang Mendatangkan Pahala

Daripada Anas r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah itu nescayalah redha pada seseorang hambaNya, jikalau ia makan sesuatu makanan lalu memuji kepada Allah kerana adanya makanan itu, atau minum suatu minuman lalu memuji padanya kerana adanya minuman itu."

(Riwayat Muslim)

Berbaik Sangka Kepada Allah

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu."

"Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas."

"Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas. "

(Muttafaq 'alaih)

Tuesday, June 30, 2009

Menghidupkan Malam Ramadhan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa berdiri bersolat dalam bulan Ramadhan kerana didorong keimanan dan keinginan memperolehi keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu."

(Muttafaq 'alaih)

Monday, June 29, 2009

Perancangan Surau Al-Hidayah Taman Bayu Permai

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Taman Bayu Permai kali 1/2009 telah bersetuju dengan cadangan Pengerusi untuk menubuhkan empat biro kerja Surau Al-Hidayah Taman Bayu Permai iaitu;
  1. Biro Pembangunan (dipengerusikan oleh Encik Bakri)
  2. Biro Kewangan (dipengerusikan oleh Encik Zamfazlin)
  3. Biro Dakwah dan Aktiviti Keagamaan (dipengerusikan oleh Encik Zainuddin Musa)
  4. Biro Kebajikan dan Khairat Kematian (dipengerusikan oleh Encik Ahmad Zaain)

Penubuhan Jawatankuasa Surau sesi 2009-2010

Pada 21 Jun 2009 satu mesyuarat Agung surau Al-Hidayah Taman Bayu Permai telah diadakan.

Mesyuarat bersetuju sebulat suara melantik jawatankuasa baru dan senarai ahli jawatankuasa baru Surau Al-Hidayah, Taman Bayu Permai yang telah memenangi undian mengikut jawatan yang telah dipertandingkan adalah seperti berikut;

JAWATANKUASA SURAU BAGI SESI 2009-2010

PENGERUSI:

Encik Ahmad Nawawi bin Shaari

TIMBALAN PENGERUSI:

Encik Ahmad Zaain bin Md Radzi

SETIAUSAHA:

Encik Mohd Fitri Aziz bin Mohd Yusof

PENOLONG SETIAUSAHA:

Encik Halim bin Alias

BENDAHARI:

Encik Zamfazlin bin Kamarulzaman

PEN. BENDAHARI:

Encik Mohd Shahriman Mohd Rahim

AHLI JAWATANKUASA:

Encik Nor Rashid bin Haban – Lorong BP9

Encik Zanudin Hassan – Lorong BP11

Encik Mohd bin Ibrahim – Lorong BP13

Encik Mohd Jailani Mohd. Mokhtar – Lorong BP15

Encik Mohd Nizam Takachih – Lorong BP17

Encik Mohd. Razali bin Lazim – Lorong BP19

Encik Shamsul Kamal bin Shaari – Lorong BP21

Encik Mohd Suhardi bin Mohd Nasir – Lorong BP23

Encik Mohd Zulkifli bin Mohd Nazir – Lorong BP25

Encik Mustaffa bin Man – Lorong BP27

(tiada wakil. akan dilantik kemudian oleh AJK)

IMAM:

Encik Zanuddin bin Musa

Encik Shahril Aswad bin Daud

Encik Khairul Anhar bin Zulkafli

Encik Halim bin Alias

SIAK:

Encik Abd. Karim bin Zainal

Encik Bakri bin Mat Nor

JURUAUDIT:

Encik Zulkifli bin Haji Abd Wahid

Encik Dzakir bin Rosdi

Surau Al-Hidayah Taman Bayu Permai

Assalamualaikum wbth

Setelah sekian lama dengan Izin Allah SWT, Taman Bayu Permai telah punyai surau sementara yang disewa dari salah seorang penduduk bagi membolehkan penduduk Taman Bayu Permai, Rawang menunaikan solat berjemaah bersama-sama.

Dinaungi dibawah kariah Masjid Country Homes, Rawang, surau Al-Hidayah Taman Bayu Permai boleh memuatkan maksima 40 orang jemaah dalam satu masa.

Taman Bayu Permai, Rawang telah mula dibuka pada tahun 2007 dengan penduduk hampir mencapai 80% penduduk Islam telah mendaftarkan surau Al-Hidayah ini dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2008.

Selain menggunakan surau sementara ini, penduduk Taman Bayu Permai sedang mengusahakan tapak kekal bagi membina surau kekal bagi penduduk Taman Bayu Permai pada masa hadapan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada penduduk Tamab Bayu Permai dalam usaha mencari dan mendapatkan tapak surau kekal ini.